4/08/13

Filled Under: , , ,

HOAX : Berita Kematian Ariel Sharon PALSU

Berita Palsu Kematian Ariel Sharon.

Sekali berita HOAX tersebar disleuruh internet. Yang terkini, berita tentang kematian Ariel Sharon. Dan ternayat ia adalah PALSU. Sebab itulah kita kena selidik dahulu setiap berita yang kita terima dan baca. Bukan semua yang orang share dekat facebook itu benar. Sebagai orang yang bijak, lebih baik kita selidik terlebih dahulu berita itu, biar sahih kebenarannya terlebih dahulu.

Agar kita tidak kongsi berita yang palsu, kalau berita itu fitnah, kan dapat dosa free. Jadilah pengguna internet yang bijak. Kaji fakta, pak cik google sedia menbantu. Taip je, bukan susah pun.

Berita Palsu Kematian Ariel Sharon.

Berita Palsu Kematian Ariel Sharon.

Berita tentang kematian Ariel Sharon tersebar meluas selepas satu fan page di Facebook iaitu 'R.I.P Ariel Sharon' mendapat jutaan 'like'. Dan di tab 'about' fan page tersebut ada kenyataan tentang kematian bekas Perdana Menteri Israel itu.
“At about 11 a.m. ET on Friday (August 02, 2013), our beloved politician Ariel Sharon passed away. Ariel Sharon was born on February 26, 1928 in Kfar Malal. He will be missed but not forgotten. Please show your sympathy and condolences by commenting on and liking this page.”
Dari situ bermulalah viral HOAX ini. Dengan beribu-ribu orang mula menyebarkan mesej tentang kematian Ariel Sharon. Dari Facebook hingga ke Twitter.

Dan pada 3 Ogos 2013 seorang wakil ahli politik ini mengesahkan bahawa Ariel Sharon masih hidup.
"Beliau menyertai senarai panjang selebriti yang telah menjadi mangsa penipuan ini. Dia masih hidup dan sihat, berhenti mempercayai apa yang anda lihat di Internet, "kata wakilnya.
Namum secara peribadi bagi aku, kira dah macam doalah kan untuk orang yang kejam seperti Ariel Sharon ini. Selepas apa yang dia buat dekat rakyat Palestine dulu.

Lagipun berita ini lebih mudah tersebar kerana keadaan kesihatan beliau sekarang yang dikatakan sedang koma dan bergantung kepada alat bantuan oksigen.

Dan sekali lagi nasihat saya kepada semua kawan-kawan, kaji dahulu sesuatu berita yang kita terima. Jangan main melulu je nak percayakan semua berita di internet ini.